Sunday, December 26, 2010
salam....
haiii dah lama kot aku tak jenguk blog ni..dah bersemak samun and bersawang spiderman. bukan tak sudi atau xde cerita menarik tapi banyak sangat dugaan lepas abis stdy ni. ingatkan abis stdy abis masalah rupannya lagi banyak masalah..
tapi segalanya berjalan dengan baik. oleh kerana ketidak sibukan yang melampau tergerak juga hati ini nak menjenguk ke blog yang dah lama dibiarkan kosong.. hushhhh memang kosong... sian kat my blog.. sorry ekk..
perjalanan farah adila semakin baik.. kini aku sudahpun bergelar seorang GURU... tapi oleh kerana sel-sel berangan yang kuat dalam diri aku telah membuatkan aku masih lagi terus menulis. serius cakap memang tak boleh berhenti selagi belum dapat apa yang aku nak...
buat peminat Dyadila (ehhh ada peminat ke?) eheheh biarlah anggap je laaa ade ek, sian kat aku..jangan terus jemu menyokong dyadila. hope perancangan akan datang akan terus berjaya. untuk e novel seterusnya di harapkan terus menanti.Idea memang mencurah-curah ke ladang gandum tapi masa seakan mengekori terlalu dekat. akhirnya perlu untamakan yang mana lebih penting.
dyadila akan terus berkarya... huhuhu giler semangat *jangan nangis ek... hehehehe
Sunday, November 8, 2009
Tuesday, November 3, 2009
Saturday, July 18, 2009
sokongan member online memng pembakar semangat dya tuk terus berkarya..terima kasih juga tuk komen-komen membina di penulisan 2u. harap-harap cita-cita tuk jadi penulis yang berjaya dan mungkin terpopular hehehe ewah perasan arr plak... soryyy terangkat bakul sendiri. tapi sem ni memng bakal menjadi sem yang serabut tahap gaban maklum arrr banyak keje nak buat.. tapi ni arr namanya hidup kan kan kalau setakat nak duduk goyang kaki tu cite lain plak..
ehhh lupa plak nak cite.. semalam kan lepas tengok cite keliwon tetibe je tengah aku dok sedap-sedap tidur aku termimpi satu mimpi yang dasat...eiiiii takut siot..aku mimpi something warna putih terbang2 hahhh korang pikir arrr sendiri apa bende tu kan. dalam tidur tu jantung aku berdegup macam orang lari 100 meter..mata tak leh nak buka... takutnya sampai aku berpeluh2..ni semua sebab aku tengok cite keliwon arr ni... hahhh moral of the story jangan tengok cite hantu nanti jadi hantu...hehehe...
and tuk peminat-peminat dyadila yang nak cerpen seram ni.. soryy arrr mungkin insan bernick namekan dyadila ni masih tak berani lagi nak buat cite2 cam tu...walaupun Rumah No19 mendapat perhatiaan.. mungkin tu cerpen akhir kot dari dya bergenre seram. tapi bila dah dapat keberanian nanti mungkin akan lahir satu novel seram dari dya yang menghantui tidur anda!!! ewahhh.....
Wednesday, July 8, 2009
Sunday, April 26, 2009
aku tak tau arr sape yg cipta icon ni but yg aku tau comel giler..hihihi bila aku tgk je msti nak senyum je....syabas kpd pencipta icon comel ni n TQ....
Friday, April 17, 2009
Permulaan petikan gitar..
Satu sudut seorang datuk dan cucunya sedang berbual. (atuk sedang baca paper)
Cucu : atuk..atuk dulu atuk keje apa?
Atuk: emmm dulu atuk kaunselor.
Cucu: hah?? Canselor jual gula-gula ke tuk?
Atuk: kaunselorlah…..bukan jual gula-gula tapi atuk tolong selesaikan masalah orang..
Cucu: fuuyooo...macam superman ek tuk?? Citelah tuk-citelah.....
Atuk : emm lebih kuranglah...tapi atuk tak pakai seluar kecik macam dia..macam ni cerita ye... (dua-dua merenung ke atas)
BABAK 1
(perempuan mulut banyak)
Kaunselor: ye puan boleh saya bantu..apa yang puan nak kongsikan dengan saya?
Klien : Ya allah Encik saya baru lagi dapat madu.....suami saya kawin sampai tiga serentak..saya rasa macam nak pengsan tapi tak jadi nak pengsanlah.... Encik tahu tak perasaan saya?..kecewa. sakit hati..dah laaa giliran saya tinggal separuh hari je setiap minggu ni tak adil..
Kaunselor: tapi....
Klien: tapi kalau Encik nak tahu saya ni bukan apalah... kalau ingatkan balik laki saya tu... hensem sangat. Kalau dia jalan dengan saya tu macam jalan dengan bintang filem..kalahlah si Fahrin tu alaaa.. pelakon yang muka ala-ala tu..
Kaunselor: tapi...
Klien: tapi tulah dia curang dengan saya, dia kata nak pergi mengaji dekat surau bila balik sekali dia bawa tiga... malu saya, rasa macam nak terkam je dia masa tu juga....
Kaunselor : tapi.....
Klien: tapi tak pelah Encik kauselor saya pun nak balik ni hari ni giliran saya.....
Kaunselor: tapi.....
Klien bangun tinggalkan kaunselor terpinga-pinga.
Atuk: macam tulah yati...orang pertama yang atuk jumpa....
Cucu: fuyoooo...lagi-lagi tuk....cite lain??
Atuk: emmmm....ada satu klien ni pulak....
BABAK 2
( perempuan pengoda)
Kaunselor : ye Cik boleh saya bantu?
Klien: emmm..... Encik.. apa nama you?
Kaunselor: Ismail..
Klien: abang mail…I ada banyak masalah….masalahnya I sendiri tak tahu apa masalah I…I rasa sakit sangat..
Kaunselor: sakit dekat mana tu?
Klien: emmm….emm sakit kat sini…( menunjuk kearah dada)
Kaunselor: hah?
Klien: alaa....you ni sakit hatilahhh..you fikir lain ek....
Kaunselor: apa yang boleh saya tolong?
Klien: I nak you tolong ubatkan......lah....(sambil tersenyum manja, pusing2 kaunselor) Kaunselor mengankat tangan memohon doa....
Kaunselor: Ya Allah selamatkanlah hambaMu dari Godaan dunia ini.. kau kuatkanlah imanku Ya Allah..sesungguhNya aku Insan yang lemah..bantulah hambaMu Ya Allah.
(klien hentak kaki lalu keluar)
Cucu: fuyoooo...hebatnya atuk..atuk..tuk dulu atuk hencem ke?’
Atuk: emmm tak adalah hensem mana tapi kalau tom cruise duduk sebelah atuk mesti orang Ingat adik beradiklah...
Cucu: ahahahah...perasaanlah atuk ni..lagi-lagi tuk cite lagi...
Atuk: ni kenangan yang paling atuk tak boleh lupa....
BABAK 3
( perempuan idaman )
Kaunselor: emmm ye cik boleh saya to......long.......(cinta pandang pertama)
Klien: Maaf Encik boleh saya masuk?
Kaunselor : jemput duduk Cik??
Klien: Marliana....
Kaunselor :ya Cik marliana......(mata tak lepas memandang ke arah klien)
Klien: saya...(pen jatuh... klien & kaunselor ambil serentak)- lagu-
Cucu: tuk-tuk lepas tu apa jadi?
Atuk : jadi nenek kamu le......
Cucu: fuyoooooo........sonok-sonok... tapi boleh kawin ke tuk?
Atuk: menurut etika dalam kaunseling klien dan kaunselor boleh menjalinkan hubungan tapi menurut ACA selepas 2 tahun And kalau APA selepas 5 tahun...lepas 5 tahun atuk terus pinang nenek kamu....
Cucu: fuyoooo.......nak laaaa jadi canselor macam atuk..
Atuk: kaunselorlah sayang.......dahlah jom balik nanti marah nenek kamu..
Cucu: Fuuuyyyoooo atuk takut dengan nenek..
Atuk : hishh jangan cakap kuat-kuat...(Atuk dan nenek keluar pentas..)
Penutup dengan petikan gitar dan lagu..